Motosikal

Informasi Dua Roda

Boon Siew Honda lancar CB1000R untuk pasaran Malaysia

 

Pada tarikh dan tempat yang sama dengan pelancaran Honda CB250R 2018 baru-baru ini, Boon Siew Honda (BSH) turut melancarkan sebuah lagi model ‘Neo Sports Cafe’, kali ini dengan kapasiti enjin lebih besar – Honda CB1000R.

Model terbaharu Honda CB1000R model tahun 2018 ini bakal dijual di pasaran Malaysia pada harga sebanyak RM74,999.00 dengan GST 0% (tidak termasuk cukai jalan, insuran dan kos pendaftaran). CB1000R dilengkapi enjin DOHC empat silinder bersesaran 998cc, menghasilkan kuasa maksimum 107kW @ 7,500rpm dengan tork 104N.m @ 8,250rpm.

Untuk pasaran Malaysia, model tersebut boleh didapati mulai Julai 2018, dalam dua pilihan warna menarik iaitu ‘Graphite Black’ dan ‘Candy Chromosphere Red’. Tempoh jaminan yang diberikan adalah selama 2 tahun atau perbatuan 20,000km, yang mana tiba dahulu.

Motosikal © 2018