Motosikal

Informasi Dua Roda

Mesin konsep Yamaha MOTOROiD bagaikan makhluk hidup

 

Akan dipamerkan di Tokyo Motor Show 2017 (27 Oktober – 05 November), mesin konsep Yamaha MOTOROiD ini diperkatakan ianya seolah-olah bagaikan makhluk hidup yang mampu mengenali dan berinteraksi dengan pemiliknya. Ianya akan dilengkapi kepintaran buatan (artificial intelligence) yang tersendiri, dan dijana oleh tenaga eletrik sepenuhnya.

Menurut Yamaha, mesin konsep Yamaha MOTOROiD ini merupakan suatu eksperimen yang mungkin suatu hari nanti akan muncul dalam bentuk model motosikal sebenar. Selain daripada berinteraksi sama ada sebagai kawan atau jentera peliharaan yang setia kepada tuannya, atau sebagai pasangan kekasih sejati, hanya masa yang akan menentukan.

Motosikal © 2017