Motosikal

Informasi Dua Roda

Tujuh pilihan warna untuk Yamaha Exciter 150 2017 di pasaran Vietnam

Jika di pasaran Malaysia, Yamaha Y15ZR tersedia dalam pilihan empat warna kesemuanya iaitu biru, merah, hitam, termasuklah skim warna edisi istimewa Movistar MotoGP. Namun untuk pasaran Vietnam, model tersebut yang dikenali dengan nama Yamaha Exciter 150, boleh didapati dalam pilihan warna yang lebih pelbagai dan unik iaitu tujuh kesemuanya.

Senarai nama warna-warna untuk Yamaha Exciter 150 2017 di pasaran Vietnam ialah Exciter 150 Mat Green, Exciter 150 Mat Blue, Exciter 150 Camo, Exciter 150 RC, Exciter 150 Matte Black, Exciter 150 GP, dan yang terakhir Exciter 150 Movistar. Paling menarik dan unik sudah tentulah Yamaha Exciter 150 Camo dengan tema celoreng.

Motosikal © 2017