Motosikal

Informasi Dua Roda

Model retro baharu Kawasaki Z900RS 2018 bakal muncul secara rasmi di Tokyo Motor Show 2017

Model baharu bergaya retro Kawasaki Z900RS 2018 telah disahkan akan diperkenalkan secara rasmi di Tokyo Motor Show 2017, pada 25hb. Oktober 2017 akan datang. Di samping itu, Young Machine juga menjangkakan generasi baharu Kawasaki Ninja 250 2018 akan turut membuat kemunculan rasmi pertama di Tokyo Motor Show 2017.

Setakat ini penampilan Kawasaki Z900RS dikatakan sama seperti model dalam paparan pertama di atas, manakala rekaan Ninja 250 baharu masih lagi misteri, atau mungkin mempunyai persamaan dengan lakaran daripada Young Machine seperti di atas. Untuk jawapan yang tepat, kita tunggu bermulanya pameran rasmi Tokyo Motor Show 2017.

Sumber: Young Machine

Motosikal © 2018