Motosikal

Informasi Dua Roda

Model baharu Honda Super Cub 50 dan Super Cub 110 akan dipamerkan di Tokyo Motor Show 2017

Model baharu yang dirancang pengeluarannya oleh Honda, Super Cub 50 dan Super Cub 110, bakal dipamerkan di Tokyo Motor Show 2017 yang akan berlangsung dari 27 Oktober – 05 November 2017, bertempat di Tokyo Big Sight (Tokyo International Exhibition Center).

Menariknya kedua-dua model ini ialah penampilannya yang kental dengan gaya rekaan klasik, mengingatkan anda dan juga saya, motosikal Honda lampu bulat yang pernah digunakan oleh bapa atau datuk sewaktu di kampung-kampung pada era 70an – 80an.

Bagaimanapun Honda Super Cub 50 dan Super Cub 110 baharu ini memiliki teknologi lebih moden, sesuai dengan peredaran zaman yang semakin maju dan mementingkan persekitaran yang lebih bersih. Jika ianya dijual di sini, adakah anda akan membelinya?

Motosikal © 2018