Motosikal

Informasi Dua Roda

Kawasaki umum tiga pilihan warna untuk Z1000SX 2018

 

Kawasaki Motors Europe pada 01hb. Ogos 2017 yang lalu telah mengumumkan model ‘sport tourer’ Z1000SX untuk musim jualan tahun 2018 akan boleh didapati dalam tiga pilihan warna seperti ‘Emerald Blazed Green and Metallic Carbon Grey with Metallic Graphite Grey’, ‘Metallic Spark Black and Metallic Graphite Grey’, dan yang terakhir ‘Metallic Fusion Silver and Metallic Flat Spark Black’.

Kawasaki Z1000SX 2018 memiliki enjin berkapasiti 1,043cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves) yang menghamburkan kuasa maksimum 142PS @ 10,000rpm, bersama-sama tork maksimum mencecah 111Nm @ 7,300rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan transmisi 6-kelajuan. Menurut Kawasaki, Z1000SX Model Year 2018 akan berada di pasaran Eropah mulai bulan Oktober 2017.

Motosikal © 2018