Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda siarkan video ‘teaser’ model baharu Neo Sports Café, bakal dipamerkan di EICMA 2017

 

Dapatkah anda melihat bayangan Honda Neo Sports Café?

Pameran motosikal antarabangsa Milan Motorcycle Shows (EICMA 2017) bakal berlangsung di Milan, Itali bermula dari 07hb. sehingga 12hb. November 2017. Honda sebagai salah sebuah pengeluar motosikal ternama dunia, dijangka akan mempamerkan barisan model motosikal baharu keluarannya, termasuk model-model dalam bentuk konsep.

Salah sebuah model konsep yang akan dipamerkan oleh Honda di EICMA 2017 telah diberikan bayangan melalui sebuah video ‘teaser’, dengan tajuk “A new breed is born: Neo Sports Café by Honda”. Adakah model ini merupakan jelmaan model CB150R ExMotion 2017, namun bakal hadir dengan rekaan lebih agresif dan enjin lebih besar?

Motosikal © 2018