Triumph memperkenalkan Bonneville Speedmaster 2018

Selain daripada Triumph Bonneville Bobber Black 2018, Triumph Motorcycles turut memperkenalkan sebuah lagi model terbaharu Triumph Bonneville Speedmaster 2018. Model bergaya klasik ini juga dikuasakan enjin 1200cc HT yang menghamburkan prestasi 77PS @ 6,100rpm dengan tork puncak 106Nm @ 4,000rpm.

Triumph Bonneville Speedmaster 2018 didatangkan dengan pilihan tiga warna kesemuanya seperti ‘Jet Black’, ‘Cranberry Red’ dan ‘Fusion White and Phantom Black with a twin hand painted coach line’. Pada pendapat anda, model yang manakah lebih menarik? Triumph Bonneville Bobber Black 2018 atau Triumph Bonneville Speedmaster 2018?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *