Motosikal

Informasi Dua Roda

Triumph memperkenalkan Bonneville Bobber Black 2018

 

Pada 03hb. Oktober 2017 yang lepas, pengeluar motosikal British terbesar Triumph Motorcycles secara rasminya memperkenalkan model terbaharu yang dinanti-nantikan iaitu Triumph Bonneville Bobber Black 2018. Model tersebut dilengkapi enjin 1200cc High Torque yang menghasilkan kuasa maksimum 77PS @ 6,100rpm dengan keluaran tork mencapai angka setinggi 106Nm @ 4,000rpm. 

Dua pilihan warna ditawarkan untuk Triumph Bonneville Bobber Black model tahun 2018 ini iaitu ‘Jet Black’ dan ‘Matt Jet Black’. Antara ciri-ciri dan teknologi yang melengkapinya termasuklah ‘All-LED Lighting with Full LED Headlight with DRL’, ‘Single Button Cruise Control’, ‘Ride-by-Wire’, ‘Riding Modes’, sistem brek ABS, ‘Switchable Traction Control’, ‘Torque Assist Clutch’ dan alat keselamatan eletronik ‘Immobiliser’.

Motosikal © 2018