Motosikal

Informasi Dua Roda

Suzuki GSX-S150 Touring Edition 2017 di pasaran Indonesia

Suzuki GSX-S150 Touring Edition 2017 dilancarkan di pasaran Indonesia dalam bulan Julai yang lepas. Berbanding model standard, GSX-S150 Touring Edition dilengkapi 3 komponen aksesori terbaharu iaitu ‘windshield smoke + bracket black’, ‘hand guard color’ dan ‘bracket & side bag soft’, bagi disesuaikan dengan tema penjelajahannya. 

Menurut PT. Suzuki Indomobil Sales (SIS), terdapat lagi 4 komponen Suzuki Genuine Accessories (SGA) yang boleh dipilih dan dibeli secara terpisah oleh pemilik model Touring itu (windshield clear + bracket chrome, Suzuki tank sticker, rim decal set & reflector ornament), bagi menjadikan penampilannya lebih lengkap dan bergaya.

Suzuki GSX-S150 Touring Edition 2017 untuk pasaran Indonesia tergolong sebagai produk eksklusif kerana ianya dikeluarkan dalam jumlah terhad hanya 150 unit pada setiap bulan. Dua pilihan warna yang tersedia pula ialah ‘Stronger Red/Titan Black’ dan ‘Matt Black’. Harga yang ditawarkan ialah sebanyak Rp 25,000,000 (On The Road DKI Jakarta).

Motosikal © 2018