Kawasaki umum empat pilihan warna untuk Z900 MY 2018

Kawasaki Motors Europe baru-baru ini mengumumkan Z900 bagi model tahun (Model Year) 2018 akan boleh didapati dalam empat pilihan warna seperti  ‘Pearl Mystic Gray / Metallic Flat Spark Black’, ‘Candy Lime Green / Metallic Flat Spark Black’,  ‘Flat Ebony / Metallic Spark Black’ dan  ‘Candy Persimmon Red / Metallic Spark Black’.

Dari segi spesifikasi, Kawasaki Z900 dikuasakan enjin bersesaran 948cc (Liquid-cooled, 4-stroke In-Line Four, DOHC, 16 valves) yang menghasilkan kuasa maksimum 125PS @ 9,500rpm dengan tork maksimum 98.6Nm @ 7,700rpm. Transmisinya ialah 6-kelajuan. Untuk pasaran Eropah, Z900 akan berada di pasaran mulai bulan Oktober 2017.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *