Motosikal

Informasi Dua Roda

HLYM lancar Yamaha Y15ZR GP Edition versi tahun 2017

 

Bersempena dengan acara permotoran MotoGP (Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2017) yang akan berlangsung di Litar Sepang pada tarikh 27 sehingga 29 Oktober 2017 akan datang, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) hari ini melancarkan Yamaha Y15ZR GP Edition model tahun 2017 untuk pasaran Malaysia.

Model berkenaan tampil dengan tema warna dan grafik yang diinspirasikan daripada jentera perlumbaan pasukan Movistar Yamaha MotoGP, yang ditunggang oleh dua pelumba handalan Valentino Rossi dan Maverick Vinales. Menurut HLYM, Yamaha Y15ZR GP Edition 2017 akan berada di pasaran secara rasmi mulai minggu depan.

Imbas kembali spesifikasinya, Y15ZR dikuasakan enjin 150cc dengan padanan transmisi 5-kelajuan, menghasilkan kuasa setinggi 11.3kW @ 8,500rpm dengan tork maksimum 13.8Nm @ 7,000rpm. Harga asas termasuk GST yang ditetapkan untuk Y15ZR GP Edition 2017 ini ialah sebanyak RM8,891.28 (tidak termasuk insuran, cukai jalan dan pendaftaran).

Motosikal © 2018