Warna baharu untuk Yamaha FJR1300 2018 di pasaran Eropah

Pada 22hb. September 2017 yang lepas, Yamaha Motor Europe mengesahkan bahawa model Sport Touring Yamaha FJR1300 akan menerima pilihan warna baharu untuk musim jualan tahun 2018, seperti ‘Phantom Blue’, ‘Tech Graphite’ dan ‘Matt Silver’.¬†

Yamaha FJR1300 2018 menggariskan perwatakannya yang dinamik dengan rekaan sofistikated, menggabungkan prestasi sporti, komponen berteknologi tinggi dengan kemewahan untuk memastikan keselesaan perjalanan jarak jauh sepenuhnya, dan bersedia untuk membawa pemiliknya ke mana-mana sahaja tempat istimewa.

Untuk pasaran Eropah, Yamaha FJR1300 boleh didapati dalam pilihan tiga varian bermula dengan varian permulaan FJR1300A, varian pertengahan FJR1300AE dan varian teratas paling canggih dan mewah FJR1300AS.

Yamaha FJR1300 2018 dikuasakan enjin 1,298cc empat silinder berprestasi tinggi yang menghasilkan kuasa maksimum 146.2PS @ 8,000rpm dengan tork puncak 138.0Nm @ 7,000rpm, seterusnya digandingkan dengan sistem transmisi enam kelajuan.

Jualan Yamaha FJR1300 2018 untuk pasaran Eropah akan bermula dari 17 Oktober ini. Menurut Yamaha Motor Europe, pilihan warna mungkin akan berbeza mengikut negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *