Motosikal

Informasi Dua Roda

Model konsep Honda Riding Assist-e akan dipamerkan di Tokyo Motor Show 2017

 

Bertempat di Tokyo Motor Show 2017 kali ke-45 (27 Oktober – 5 November 2017) yang akan berlangsung di Tokyo Big Sight, Honda akan mempamerkan sebuah motosikal konsep terbaharu yang diberi nama Honda Riding Assist-e.

Honda Riding Assist-e dilengkapi teknologi kawalan keseimbangan unik daripada Honda, yang mana teknologi tersebut dibangunkan melalui kajian yang dijalankan terhadap robot humanoid. Motosikal tersebut secara automatik mengimbangi dirinya pada kelajuan yang sangat perlahan, seterusnya mengurangkan beban yang ditanggung penunggang.

Menurut Honda, model konsep tersebut memastikan tunggangan akan menjadi lebih mudah dan lebih menyeronokkan. Honda Riding Assist-e dikuasakan oleh motor eletrik, menandakan kemajuan dalam langkah dan visi Honda untuk membangunkan masyarakat yang dapat menikmati kebebasan mobiliti dan bebas dari emisi karbon.

Model-model konsep lain yang akan dipamerkan oleh Honda di Tokyo Motor Show 2017 termasuklah Super Cub 110 (100 million unit commemorative model), Super Cub C125 dan Monkey 125, di samping model-model pengeluaran kereta dan motosikal yang lain.

Motosikal © 2018