Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha MT-09 Tracer versi pemasangan tempatan diperkenalkan di pasaran Malaysia

Pasa tarikh 19hb. Julai 2017, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) secara rasminya memperkenalkan Yamaha MT-09 Tracer versi pemasangan tempatan (versi CKD). Ianya merupakan model motosikal besar keempat Yamaha yang dipasang di kilangnya di Sungai Buloh, Selangor, selepas siri model XJ6, MT-07 dan MT-09.

Yamaha MT-09 Tracer memiliki enjin empat lejang, 847cc tiga silinder dengan sistem penyejuk cecair, berat kering 190kg, termasuklah dilengkapi teknologi TCS (Traction Control System) dan ABS (Anti-lock Brake System) sebagai ciri standardnya.

Yamaha MT-09 Tracer 2017 versi CKD ini dijual pada harga berdaya saing iaitu RM52,000 (termasuk GST, namun tidak termasuk insuran, cukai jalan dan kos pendaftaran). Pilihan warna yang tersedia ialah ‘Yamaha Blue’ dan ‘Matt Grey’, seperti mana anda dapat saksikan dalam dua keping gambar model berkenaan seperti di atas.

Motosikal © 2018