Motosikal

Informasi Dua Roda

Pilihan warna untuk Kawasaki Versys-X 300 model tahun 2018 di pasaran Eropah diumumkan

Kawasaki baru-baru ini mengumumkan pilihan warna yang ditawarkan untuk model kembara Versys-X 300 model tahun 2018 di pasaran Eropah, yang akan memulakan jualannya di pasaran UK mulai bulan Oktober 2017.

Hanya dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu ‘Candy Lime Green with Metallic Graphite Grey’ dan ‘Metallic Spark Black with Metallic Graphite Grey’. Versys-X 300 dilengkapi enjin 296cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves, Fuel injection, 6-speed transmission) dengan kuasa 40PS @ 11,500rpm dan tork 25.7Nm @ 10,000rpm.

Untuk pasaran Malaysia, Kawasaki Versys-X 250 telah pun dilancarkan dengan harga jualas asas termasuk GST sebanyak RM23,789 (tidak termasuk insuran, cukai jalan dan kos pendaftaran). Versys-X 250 dikuasakan enjin bersesaran 249cc.

Motosikal © 2018