Honda Sonic 150R 2017 kelihatan semakin agresif dan laju

PT Astra Honda Motor (AHM) baru-baru ini memperkenalkan Honda Sonic 150R versi 2017 baharu untuk pasaran Indonesia. Model tersebut kini didatangkan dengan pilihan warna dan grafik baharu yang menjadikan penampilannya kelihatan semakin agresif dan laju.

Keempat-empat pilihan warna baharu yang diperkenalkan untuk Sonic 150R 2017 diberi nama ‘Aggresso Matte Black’, ‘Energetic Red’, ‘Activo Black’, dan ‘Honda Racing Red’ yang mengambil inspirasi daripada pasukan lumba Astra Honda Racing Team (AHRT).

Honda Sonic 150R 2017 dikuasakan enjin 149.16 cc DOHC dengan padanan transmisi 6-kelajuan, menghasilkan prestasi maksimum 16.0PS @ 9,000rpm dengan tork maksimum mencecah 13.5Nm @ 6,500rpm. Kelajuan puncak motosikal ini hasil ujian yang dijalankan sendiri oleh AHM dikatakan mencapai sehingga 124.1 km/j.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *