Motosikal

Informasi Dua Roda

KTM 250 Duke & KTM 390 Duke model tahun 2017 terbaharu dilancarkan di pasaran Malaysia

Peminat motosikal dalam segmen ‘naked’ bercirikan perlumbaan pastinya gembira dengan pelancaran dua model terbaharu di pasaran Malaysia – KTM 250 Duke 2017 dan KTM 390 Duke 2017, masing-masing pada harga RM21,730.00 dan RM28,800.00 (harga termasuk GST, namun tidak termasuk insuran, cukai jalan dan kos pendaftaran).

Berbanding 250 Duke dan 390 Duke terdahulu, kedua-dua model terbaharu ini hadir dengan rekaan yang lebih menarik dan sporty, di samping ciri-ciri teknikal yang dikemaskini semula. KTM 250 Duke 2017 memiliki enjin 248.8cc dengan keluaran kuasa 30hp @ 9,000rpm dan tork 24Nm @ 7,250rpm. KTM 390 Duke 2017 pula dikuasakan enjin 373.2cc dengan hamburan kuasa 44hp @ 9,000rpm dan tork 37Nm @ 7,000rpm.

Untuk pengetahuan semua, kedua-dua model ini dipasang di kilang KTM Malaysia yang terletak di Jitra, Kedah. Untuk anda yang mungkin berminat untuk memiliki salah satu jentera bergaya agresif ini, saksikan gambar-gambar menarik kedua-dua model dalam galeri di bawah. Sila klik gambar untuk paparan saiz yang lebih besar dan jelas.

Galeri: 2017 KTM 250 Duke

Galeri: 2017 KTM 390 Duke

Motosikal © 2018