Zontes 310 S akan berada di pasaran Eropah tahun depan

Model terbaharu Zontes 310 S buatan China dikhabarkan akan dilancarkan di pasaran Eropah mulai tahun depan. Jenama Zontes ini kurang dikenali, namun hasil pemerhatian melalui enjin carian Google mendapati ianya telah bertapak di pasaran luar negara antaranya seperti UK, Perancis dan Afrika Selatan.

Menariknya mengenai Zontes 310 S ini ialah kapasiti enjinnya sebanyak 310cc hampir bersamaan dengan kapasiti enjin BMW G 310 R iaitu 313cc, malahan nama juga hampir serupa. Mungkin model ini dikeluarkan untuk bersaing dengan BMW G 310 R, atau cuba menumpang populariti model terkenal itu bagi melariskan jualan.

Dari segi spesifikasi, Zontes 310 S 2018 dilengkapi enjin dengan sistem penyejuk cecair, sistem suntikan bahan api eletronik DELPHI, sistem brek ABS BOSCH, ekzos keluli, lampu LED dan memenuhi piawaian Euro 4. Kelajuan maksimumnya dikatakan mencecah 160 km/j, dengan tahap ekonomi petrol sebanyak 2.7 liter per 100 kilometer.

Melihat kepada reka bentuknya, tidak syak lagi Zontes 310 S ini mempunyai gaya dan keberanian untuk mencabar model-model lain di dalam kelasnya, walau pun hakikatnya motosikal ini adalah buatan China. Apa pun tahniah kerana model ini mampu menembusi pasaran Eropah yang sememangnya mempunyai piawaian kualiti yang ketat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *