Model terbaharu Benelli TNT 150 2017 di pasaran China, adakah pasaran Malaysia akan menyusul?

Salah sebuah model keluaran Benelli yang mendapat perhatian ramai ketika ini ialah Benelli TNT 150 model tahun 2017. Ianya merupakan sebuah model ‘naked’ terbaharu yang tampil dengan reka bentuk dan spesifikasi yang cukup menarik dan mantap.

Benelli TNT 150 2017 memiliki enjin empat lejang 148cc satu silinder sejukan udara dengan padanan transmisi lima kelajuan, yang menghasilkan kuasa memuaskan pada paras 8.5kW @ 7,500rpm dengan tork maksimumnya mencecah 10.7Nm @ 6,500rpm. Enjin tersebut menurut Benelli telah memenuhi piawaian standard Euro 4.

Spesifikasi menarik lain pada model tersebut termasuklah brek cakera di bahagian roda depan dan belakang, suspensi depan jenis terbalik, suspensi belakang monoshock, lampu LED nyala siang hari di bahagian lampu depan, paparan meter digital, tangki bahan api maksimum 13.5 liter dan berat kering motosikal 144 kilogram.

Setakat ini Benelli TNT 150 2017 diketahui telah berada di pasaran China, Bangladesh dan juga Vietnam, dan mungkin juga di beberapa pasaran negara yang lain. Model ini juga berkemungkinan besar akan dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *