Yamaha YZF-R3 ABS dan Yamaha YZF-R25 2017 edisi MotoGP diperkenalkan untuk pasaran Jepun

2017 Yamaha YZF-R3 ABS Movistar Yamaha MotoGP Edition

Untuk pasaran Jepun, Yamaha YZF-R3 ABS Movistar Yamaha MotoGP Edition 2017 telah berada di pasaran Jepun mulai 15hb. September 2017. Memandangkan ianya adalah edisi terhad, hanya 300 unit sahaja ditawarkan.

Bagi model Yamaha YZF-R25 Movistar Yamaha MotoGP Edition 2017 pula, model itu akan berada di pasaran Jepun mulai tarikh 13hb. Oktober 2017, dengan pengeluaran edisi terhadnya adalah sebanyak 400 unit sahaja.

2017 Yamaha YZF-R25 Movistar Yamaha MotoGP Edition

Kedua-dua model didatangkan dengan skim warna istimewa yang diinspirasikan daripada jentera pasukan Movistar Yamaha MotoGP, yang ditunggang oleh pemandu handalan Valentino Rossi (No. 46) dan Maverick Vinales (No. 25).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *