Motosikal

Informasi Dua Roda

Warna baharu untuk Kawasaki Vulcan S dan Vulcan S CAFE 2018

 

Kawasaki Motors Europe baru-baru ini mengumumkan dua model popular Vulcan S dan Vulcan S CAFE akan menerima kemaskini warna terbaharu untuk musim 2018. 

Kawasaki Vulcan S 2018 akan boleh didapati dalam dua pilihan warna terbaharu iaitu ‘Pearl Lava Orange’ dan ‘Metallic Flat Spark Black’, manakala Vulcan S CAFE 2018 ditawarkan dalam warna tunggal ‘Pearl Storm Gray’.

Kedua-dua model Vulcan S dan Vulcan S CAFE dilengkapi enjin berkapasiti 649cc (Liquid-cooled, 4-stroke Parallel Twin, DOHC, 8 valves), dengan kuasa maksimum 61PS @ 7,500rpm dan keluaran tork setinggi 63Nm @ 6,600rpm.

Motosikal © 2018