Motosikal

Informasi Dua Roda

Suzuki Satria F150 model tahun 2017 tampil lebih agresif dengan warna dan rekaan corak baharu

Suzuki Satria F150 serba baharu dilancarkan di pasaran Indonesia dengan rasminya pada bulan Februari 2016. Kini versi model tahun 2017 model tersebut telah didatangkan dengan kemaskini warna dan rekaan corak baharu yang lebih agresif dan mantap.

Dilancarkan hari ini, Suzuki Satria F150 2017 ditawarkan dalam enam pilihan warna kesemuanya, iaitu ‘Brilliant White’, ‘Stronger Red’, ‘Titan Black’, termasuklah tiga skim warna ‘Special Edition’ seperti ‘Titan Black – Red CW’, ‘Met. Triton Blue’ dan ‘Matte Black’.

Suzuki Satria F150 serba baharu ini dilengkapi enjin 147.3cc yang berkuasa dengan sistem suntikan bahan api dan gandingan kotak gear enam kelajuan, seterusnya menghamburkan kuasa maksimum 13.6kW @ 10,000rpm dengan tork puncak 13.8Nm @ 8,500rpm.

Untuk pasaran Malaysia, Suzuki Belang R150 pernah ditawarkan sebelum ini, namun sayangnya pengganti untuk model berkenaan iaitu Suzuki Satria F150 serba baharu yang dilancarkan di pasaran Indonesia tidak pernah di bawa masuk ke sini.

Tambahan pula sejak Suzuki membuat keputusan untuk tidak lagi menjual model bersaiz kecil, sebaliknya hanya akan menumpukan pasaran motosikal berkuasa tinggi, bermakna harapan peminat tempatan untuk memiliki Belang R150 2017 tidak menjadi kenyataan.

Motosikal © 2018