Motosikal

Informasi Dua Roda

Honda CBR250R 2017 dilancarkan di pasaran Malaysia

 

Model Honda CBR250RR 2017 serba baharu belum tentu lagi akan dilancarkan di pasaran Malaysia, namun model semasa Honda CBR250R model tahun 2017 telah pun dilancarkan oleh Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) pada bulan Mei 2017 yang lepas.

Honda CBR250R 2017 dikuasakan enjin DOHC 4-injap yang menyampaikan prestasi memberangsangkan sebanyak 20.2kW @ 8,500rpm bersama-sama tork maksimum 23.3Nm @ 7,500rpm, seterusnya menghasilkan nada ekzos yang lebih matang.

Menurut BSH, enjin satu silinder pada CBR250R menawarkan banyak manfaat, antaranya pembakaran bahan api yang lebih cekap serta mengurangkan kos penyelenggaraan.

Honda CBR250R 2017 baharu untuk pasaran tempatan ditawarkan dalam tiga warna baharu yang tampil menarik, bergaya dan sporty seperti Hitam, Merah ‘Millennium’ (Millennium Red), dan Kuning “Lemon Ice” (Lemon Ice Yellow).

Harga yang disyorkan bermula daripada RM21,940.94 (Hitam) hingga RM22,258.94 (Merah ‘Millennium’ dan Kuning “Lemon Ice”) termasuk GST (tidak termasuk cukai jalan, insuran dan pendaftaran). Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Motosikal © 2018