Motosikal

Informasi Dua Roda

Warna baharu untuk Yamaha XSR700 dan XSR900 model 2018

Yamaha Motor Europe mengumumkan dua model bergaya retro Yamaha XSR700 dan Yamaha XSR900 bagi musim tahun 2018, bakal menerima pilihan warna terbaharu. 

Untuk Yamaha XSR700 2018, model tersebut memberi penghormatan kepada model ikonik Yamaha XS650, yang mula diperkenalkan pada tahun 1968. Pelbagai versi dikeluarkan untuk XS650, termasuklah XS1, XS2 dan XS650 Special sepanjang tempoh pengeluarannya yang berjalan selama 17 tahun.

Untuk pasaran Eropah bermula dari bulan Januari tahun depan, XSR700 2018 akan boleh didapati dalam pilihan warna terbaharu ‘Brilliant Red’ yang memberi penghormatan kepada model Yamaha XS2 keluaran tahun 1972.

Bagi model Yamaha XSR900 2018 pula bermula dari November ini, ianya akan boleh didapati dalam pilihan warna terbaharu ‘Racing Red’ yang mengingatkan kembali skim warna yang digunakan pada model asal Yamaha XS850 pada tahun 1980an.

Pilihan warna lain untuk Yamaha XSR700 2018 ialah ‘Garage Metal’ dan ‘Tech Black’, manakala warna lain untuk XSR900 2018 ialah ‘Garage Metal’ dan ‘Midnight Black’.

Motosikal © 2018