Lakaran Kawasaki Ninja 250 2018 serba baharu daripada Young Machine

Majalah permotoran popular Young Machine dari Jepun telah menerbitkan isu terkini bulan November 2017. Antara kandungan menarik di dalam majalah tersebut kali ini ialah lakaran terkini Kawasaki Ninja 250 serba baharu model tahun 2018.

Khabar angin sebelum ini menyebut bahawa Kawasaki Ninja 250 2018 akan dilengkapi enjin dua silinder yang lebih berkuasa, atau mungkin juga bakal dilengkapi enjin 4 silinder. Ianya bagi memberikan saingan terhadap model terbaharu Honda CBR250RR 2017 dan Yamaha YZF-R25 2018.

Tidak dapat dipastikan adakah Kawasaki Ninja 250 2018 akan dipertontonkan secara rasmi di Tokyo Motor Show pada 25hb. Oktober ini, atau akan dipamerkan di EICMA 2017 (Milan Motorcycles Show 2017) pada 07hb. November akan datang.

Kembali melihat lakaran terkini Kawasaki Ninja 250 2018 yang dihasilkan oleh Young Machine, adakah anda berpendapat rekaan yang ditunjukkan itu sudah cukup memuaskan hati, sehinggakan anda tidak sabar-sabar menunggu kemunculan rasminya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *