Motosikal

Informasi Dua Roda

Kawasaki Ninja 650 dan Z650 terima sentuhan warna dan grafik baharu untuk musim 2018

 

Kawasaki Motors Europe baru-baru ini mengumumkan Ninja 650 dan Z650 bakal menerima sentuhan warna dan grafik baharu untuk model bagi musim 2018.

Kawasaki Ninja 650 2018 akan tersedia dalam pilihan warna ‘KRT Edition’ (Lime Green / Ebony), ‘Pearl Storm Gray / Ebony’ dan ‘Candy Plasma Blue’.

Manakala untuk model Kawasaki Z650 2018, ianya boleh didapati dalam pilihan warna ‘Candy Lime Green’, ‘Metallic Spark Black’ dan ‘Metallic Matte Covert Green / Metallic Flat Spark Black’.

Sebagai tambahan untuk pasaran Eropah, Ninja 650 2018 juga akan tersedia dalam dua versi lain iaitu Ninja 650 Tourer dan Ninja 650 Performance.

Galeri: Kawasaki Ninja 650 2018

Galeri: Kawasaki Z650 2018

Motosikal © 2018