Honda CB500XA 2017 kini dengan muffler dan warna baharu di pasaran Malaysia

Pada 09hb. Ogos 2017 yang lepas, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) memperkenalkan Honda CB500XA model tahun 2017, yang kini dilengkapi dengan muffler dan skim warna baharu.

Ketiga-tiga warna baharu untuk Honda CB500XA 2017 itu ialah ‘Candy Rosy Red’, ‘Asteroid Black Metallic’dan ‘Pearl Horizon White’ (baharu untuk CB500XA).

Menyentuh mengenai spesifikasinya, jentera tersebut dilengkapi enjin DOHC 471cc dengan sistem penyejukan cecair dwi selari dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Tujahan kuasa yang dihasilkan oleh enjinnya mencapai angka setinggi 37kW @ 9,000rpm, dengan keluaran daya tork maksimum mencecah 44Nm @ 7,500rpm.

Honda CB500XA turut dilengkapi lampu LED depan dan belakang, selain membawa tangki minyak 17.5 liter yang membolehkan ianya ditunggang pada jarak yang lebih jauh.

Telah berada di pasaran tempatan, harga yang disyorkan termasuk GST bermula daripada RM31,893.28 (CB500X – Jenis Standard) ke RM35,391.28 (CB500XA – Jenis ABS).

Harga tersebut tidak termasuk cukai jalan, insuran dan pendaftaran. Ianya juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *