Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha 135LC Super Sport 2017 terima kemaskini warna dan grafik baharu

 

Untuk tahun 2017, Yamaha 135LC Super Sport kini didatangkan dengan empat pilihan warna dan grafik baharu yang lebih menarik, menjadikan penampilan terkininya lebih sporty dan menyerlah.

Keempat-empat pilihan warna tersebut ialah biru, merah, hitam dan perak. Harga asas yang disyorkan untuk model tersebut adalah sebanyak RM7,167.72 termasuk GST (tidak termasuk insuran, cukai jalan dan pendaftaran).

Yamaha 135LC Super Sport 2017 memiliki enjin 134cc dengan padanan kotak gear 4-kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 8.93kW @ 8,500rpm dengan tork maksimum mencapai angka 11.79Nm @ 5,500rpm.

Telah berada di pasaran secara rasmi sejak 04hb. Ogos 2017 yang lepas, Yamaha 135LC Super Sport sehingga kini masih kekal menjadi pilihan ramai peminat motosikal tempatan.

Motosikal © 2018