Motosikal

Informasi Dua Roda

Warna dan grafik baharu untuk Yamaha Y15ZR 2017

 

Yamaha Y15ZR merupakan salah sebuah model moped paling popular di pasaran Malaysia ketika ini. Bagi meneruskan lagi momentum jualannya, versi 2017 model tersebut kini didatangkan dengan warna dan grafik baharu.

Telah berada di pasaran secara rasmi sejak awal bulan Ogos yang lalu, Yamaha Y15ZR 2017 tersedia dalam pilihan warna biru, merah dan hitam, bersama-sama corak grafik rekaan baharu yang lebih bergaya dan sporty.

Harga asas yang disyorkan termasuk GST adalah sebanyak RM8,361.28 (tidak termasuk insuran, cukai jalan dan pendaftaran). Harga tersebut masih sama seperti harga yang ditawarkan untuk model terdahulu.

Antara sebab-sebab kenapa Yamaha Y15ZR sangat diminati ialah reka bentuknya yang sporty dan menawan, di samping ianya dilengkapi enjin 150cc dengan gandingan kotak gear 5-kelajuan yang lancar dan berprestasi.

Motosikal © 2018