Suzuki GSX-S125 ABS di pasaran Jepun mulai 11 Oktober 2017

Suzuki hari ini mengumumkan model ‘street naked’ terbaharu Suzuki GSX-S125 ABS akan memulakan jualannya di pasaran Jepun mulai 11 Oktober 2017.

Model dengan enjin 124cc itu sebelum ini diperkenalkan di pasaran Eropah, manakala versi dengan enjin 147.3cc iaitu Suzuki GSX-S150 telah pun berada di pasaran Indonesia.

Suzuki GSX-S125 ABS 2017 menghasilkan kuasa enjin maksimumĀ 11kW (15PS) @ 10,000rpm, dengan keluaran tork setinggiĀ 11Nm @ 8,000rpm. Transmisinya ialah 6-kelajuan.

Model tersebut turut dilengkapi brek cakera di bahagian roda depan dan belakang, termasuk kelengkapan sistem brek ABS. Tangki minyak seluas 11 liter membolehkannya pergi lebih jauh.

Setakat ini untuk pasaran Malaysia, GSX-S125 atau pun GSX-S150 boleh dikatakan mustahil untuk dibawa masuk, kecuali jika ada pengedar baru yang benar-benar berani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *