Yamaha FZ150i 2017 hadir dengan warna dan grafik baharu

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) baru-baru ini dengan rasminya memperkenalkan Yamaha FZ150i model tahun 2017, yang kini didatangkan dengan pilihan warna dan grafik baharu.

Ketiga-tiga warna baharu itu ialah kuning, biru dan merah, dengan harga jualan yang disyorkan adalah sebanyak RM9,156.28 termasuk GST, namun tidak termasuk insuran, cukai jalan dan pendaftaran.

Yamaha FZ150i 2017 dikuasakan enjin empat lejang 149.8cc dengan gandingan transmisi lima kelajuan, menghasilkan kuasa maksimum 12.2kW @ 8,500rpm dengan tork puncak 14.5Nm @ 7,500rpm.

Ianya juga dilengkapi sistem brek cakera di bahagian roda depan dan belakang, tangki bahan api 12 liter, tayar depan dan belakang tanpa tiub dan berat kering keseluruhan hanya 117 kilogram.

Menurut HLYM, Yamaha FZ150i merupakan model ‘street naked’ terlaris di pasaran Malaysia dalam segmen 150cc. Yamaha FZ150i 2017 baharu telah berada di pasaran mulai pertengahan Jun tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *