Boon Siew Honda lancar Honda EX5 Dream Fi baharu, dengan slogan “Kegembiraan Bersama 30 Tahun”

Pada 08hb. Jun 2017 yang lalu, Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) telah melancarkan Honda EX5 Dream Fi baharu yang kini memenuhi piawaian pelepasan emisi EURO3. 

Pelancaran model tersebut juga bersempena dengan slogan “Kegembiraan Bersama 30 Tahun” (The Joy of 30 Year), yang merujuk kepada sambutan ulangtahun kali ke-30 Honda EX5.

Honda EX5 diperkenalkan di pasaran pada tahun 1987. Sepanjang tempoh itu, ia telah berkhidmat kepada lebih daripada 2 juta penduduk Malaysia dengan penuh bangga dan kegembiraan.

Honda EX5 Dream Fi baharu merupakan versi yang dinaik taraf daripada model sebelumnya yang dilancar pada bulan April 2015.

Penambahbaikan terhadap model ini menandakan bahawa BSH telah mengambil satu langkah besar sebagai pengeluar motosikal yang lebih mesra alam, di mana model pemasangan tempatan (CKD) kini telah ditukar ke piawaian EURO3 sepenuhnya.

Di samping itu, Honda EX5 Dream Fi baharu ini juga diiktiraf sebagai EEV (Kenderaan Cekap Tenaga) di bawah Dasar Automotive National (NAP) 2014.

Oleh itu, Honda EX5 Dream Fi Baharu ini mencapai kedua-duanya iaitu kecekapan penggunaan bahan api dan pelepasan emisi CO2 yang lebih rendah.

Sempena dengan ciri-ciri yang disebutkan di atas, BSH turut memperkenalkan versi tambahan Honda EX5 Dream Fi baharu dengan roda tuangan, tayar tanpa tiub, pemegang genggaman “chrome” dan lambang Logo 3D.

Harga yang disyorkan untuk Honda EX5 Dream Fi baharu ini bermula dari RM4,906.74 (Kick Starter, Roda Jejari), RM5,150.54 (Kick & Self Starter, Roda Jejari) dan RM5,404.94 (Kick & Self Starter, Roda Tuangan), termasuk GST tetapi tidak termasuk cukai jalan, insuran dan pendaftaran.

Ianya ditawarkan dalam tiga warna: Ungu Metalik (Marianna Purple Metallic), Merah Metalik (Candy Scintillate Red), Biru Metalik (Pearl Nightfall Blue) dan versi tambahan dengan Roda Tuangan dalam warna Hitam Metalik (Pearl Magellanic Black).

Model ikonik pilihan ramai ini juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer jarak perbatuan (yang mana terdahulu).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *