Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha Lagenda 115Z model tahun 2017 terima kemaskini warna dan grafik baharu

Pada awal Jun 2017 yang lepas, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah mengumumkan ketibaan kemaskini warna dan grafik terbaharu untuk model Yamaha Lagenda 115Z model tahun 2017.

Yamaha Lagenda 115Z 2017 kini ditawarkan dengan tiga pilihan warna yang menarik iaitu biru, merah dan hitam, dengan corak grafik rekaan baharu yang menjadikan penampilan terkininya lebih segar.

Kekal dengan enjin 113.7cc (Single Cylinder, Air-cooled, 4-Stroke, SOHC, 2-Valve, Fuel Injection) yang dipadankan kotak gear 4-kelajuan, ianya menghasilkan kuasa 7.4kW @ 7,750rpm dengan tork 9.9Nm @ 6,500rpm.

Sebagai pilihan kepada model Yamaha Y15ZR dan Yamaha 135LC Super Sport, Yamaha Lagenda 115Z boleh dimiliki pada harga asas yang disyorkan sebanyak RM5,683.72 termasuk GST.

Motosikal © 2018