Motosikal

Informasi Dua Roda

Next Bike Sdn Bhd lancar dua model terbaharu Ducati bersempena acara NAZA Merdeka Autofair 2017

 

Next Bike Sdn Bhd, pengimport dan pengedar tunggal motosikal berjenama Ducati di pasaran Malaysia, baru-baru ini telah melancarkan dua model terbaharu Ducati Monster 797 dan Ducati Multistrada 950.

Pelancaran kedua-dua model tersebut diadakan bersempena dengan acara NAZA Merdeka Autofair 2017 yang berlangsung dari 10 sehingga 13 Ogos 2017 yang lepas, bertempat di Naza World Automall, Petaling Jaya.

Ducati Monster 797 dikuasakan enjin berkapasiti 803cc yang menghasilkan kuasa maksimum 73hp @ 8,250rpm dengan tork puncak 67Nm @ 5,750rpm, manakala Ducati Multistrada 950 dengan enjin 937cc menghasilkan prestasi maksimum 113hp @ 9,000rpm dengan tork mencecah 96.2Nm @ 7,750rpm.

Untuk pasaran Malaysia, Ducati Monster 797 berharga dari RM55,900.00 termasuk GST. Ducati Multistrada 950 pula boleh dimiliki pada harga bermula dari RM85,900.00 termasuk GST.

Galeri: Ducati Monster 797

Galeri: Ducati Multistrada 950

Motosikal © 2018