Motosikal

Informasi Dua Roda

HLYM memperkenalkan Yamaha 125ZR Special Limited MotoGP Edition 2017

 

Salah sebuah model moped dua lejang bertaraf legenda yang masih berada di pasaran tempatan ketika ini ialah Yamaha 125ZR, di samping model berjenama nasional Modenas Dinamik.

Untuk pasaran tahun 2017, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) pada 18hb. Julai 2017 yang lepas, secara rasminya memperkenalkan edisi istimewa Yamaha 125ZR Special Limited MotoGP Edition.

Ditawarkan dalam warna tunggal biru dengan mengambil tema pasukan MotoGP Yamaha Movistar, model tersebut ditetapkan harganya sebanyak RM8,846.76 termasuk GST (tidak termasuk insuran, cukai jalan dan pendaftaran).

Bagaimanapun hasil tinjauan sebelum ini mendapati harga yang ditetapkan oleh kedai yang menjualnya adalah jauh lebih tinggi, dalam lingkungan RM11k sehingga RM12k berbanding harga asal.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, Yamaha 125ZR Special Limited MotoGP Edition 2017 ini merupakan model edisi terhad, yang mana ianya merupakan model terakhir sebelum ditamatkan pengeluarannya secara rasmi.

Bagi peminat motosikal moped dua lejang dengan enjin berprestasi dan berkelajuan tinggi, sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki model 125ZR edisi istimewa ini.

Motosikal © 2018