Spyshot unit ujian moped Modenas 150cc

Dalam bulan Julai 2017 yang lepas, laman blog Funtasticko.net telah menyiarkan tiga keping gambar yang dipercayai menunjukkan unit ujian moped Modenas 150cc yang bakal dilancarkan.

Melalui gambar-gambar tersebut, kita dapat melihat reka bentuk sebenar moped Modenas 150cc, yang akan menjadi saingan sebenar kepada model Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RFS150i.

Menurut maklumat terdahulu, moped Modenas 150cc akan menggunakan enjin yang dibangunkan sendiri oleh Modenas, dengan kerjasama sebuah universiti yang terletak di negara Austria.

Pembangunan moped Modenas 150cc sebenarnya mengambil masa yang agak lama, sehinggakan timbulnya desas-desus yang mengatakan bahawa pengeluaran model ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan.

Namun begitu dengan kemunculan gambar-gambar intipan ini yang dikatakan dirakamkan di Changlun, Kedah, bermakna Modenas masih serius dalam membangunkan moped 150cc pertamanya.

Namun begitu sehingga kini tidak dapat dipastikan tarikh sebenar bilakah Modenas akan melancarkan model ini ke pasaran tempatan, yang ketika ini ramai peminat sudah tidak sabar-sabar menunggu pelancarannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *