Motosikal

Informasi Dua Roda

Gambaran sebenar reka bentuk moped Modenas 150cc terdedah

Sebelum ini kita telah melihat tiga keping gambar yang dipercayai menunjukkan sebuah unit ujian moped Modenas 150cc terbaharu, melalui artikel yang disiarkan di sini.

Kali ini melalui beberapa keping gambar yang disiarkan oleh laman blog Mekanika, terbukti bahawa unit ujian tersebut sememangnya adalah moped Modenas 150cc terbaharu.

Menurut Mekanika, kemungkinan besar nama rasmi untuk model tersebut apabila dilancarkan nanti ialah Modenas GT150, turutan kepada nama model semasa Modenas GT128.

Sama seperti model-model 150cc yang lain, moped Modenas 150cc ini akan dilengkapi sistem klac tangan manual, brek cakera di depan dan belakang, penyerap hentak belakang jenis tunggal, dan sudah pasti enjinnya akan turut dilengkapi dengan sistem penyejuk jenis cecair.

Apabila diperhatikan dengan teliti, reka bentuk keseluruhan model ini boleh dikatakan mampu memberikan saingan yang kuat kepada model-model popular lain seperti Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R.

Menyentuh mengenai tarikh pelancarannya, ianya dijangka akan dilancarkan mulai awal tahun 2018. Sama-sama kita tunggu kehadiran produk tempatan yang cukup mengujakan ini.

Motosikal © 2017