Benelli akan melancarkan model 150cc baharu, paten rekaan telah terdedah di dalam internet

Menurut laporan terkini yang disiarkan sekitar pertengahan Ogos 2017 yang lalu, Benelli akan melancarkan sebuah model 150cc baharu dalam versi ‘street naked bike’.

Setakat ini beberapa keping gambar paten rekaan model tersebut telah terdedah, memperlihatkan sebuah model dengan reka bentuk sporty dan moden, termasuk ciri-ciri yang akan melengkapinya.

Berdasarkan maklumat dari Indian Autos Blog, buat masa ini model tersebut dikenali dengan kod nama┬áBenelli BJ150-31, manakala model 150cc terdahulu dengan ‘fairing’ mempunyai kod nama┬áBJ150-30.

Dijangkakan model ini akan dilancarkan di pasaran Asia, dengan kemungkinan Malaysia akan termasuk di dalam senarai pasaran yang akan menerima kemasukannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *