Yamaha memperkenalkan X-MAX 125 model tahun 2018

Yamaha Motor Europe hari ini memperkenalkan skuter sport X-MAX 125 model tahun 2018 terbaharu, yang kini tampil dengan rekaan baharu berkualiti premium bersama-sama spesifikasi yang telah dipertingkatkan. 

Menurut Yamaha, X-MAX 125 merupakan salah sebuah skuter popular yang pernah dikeluarkan oleh syarikat tersebut, dan telah dimiliki oleh lebih 140,000 pelanggan sejak ianya dilancarkan pada tahun 2006.

Direka bersama-sama teknologi dan kejuruteraan sebenar berasaskan DNA skuter maxi TMAX, X-MAX 125 menyertai kejayaan model X-MAX 300 dan X-MAX 400 bagi melengkapkan barisan model terkini keluarga X-MAX.

Yamaha X-MAX 125 2018 memiliki enjin 125cc yang ekonomi dan memenuhi piawaian EURO4 (single cylinder, liquid-cooled, SOHC, 125cc 4-stroke), menghasilkan kuasa maksimum sehingga 10.5kW @ 8,750rpm dengan tork 12Nm @ 6,500rpm.

Ciri-ciri lain yang melengkapinya termasuklah lampu utama LED berkembar, lampu belakang LED, teknologi TCS (Traction Control System), sistem kunci Smart Key terbaharu, brek cakera depan dan belakang dan ruang simpanan yang luas di bawah tempat duduk.

Akan berada di pasaran Eropah mulai bulan Oktober 2017, Yamaha X-MAX 125 2018 boleh didapati dalam pilihan empat warna yang menarik seperti ‘Radical Red’, ‘Sonic Grey’, ‘Phantom Blue’ dan ‘Blazing Grey’.

2018 Yamaha X-MAX 125 Technical Highlights:

  • Sporty and stylish A1-license 125cc scooter
  • Premium quality design and finish
  • Powerful and economical 125cc, EU4-compliant engine
  • New dual LED headlights and LED tail lights reinforce the dynamic X-MAX family look
  • Motorcycle type front forks for stability and confidence
  • New Traction Control System (TCS)
  • Single disc brakes front and rear (276mm front / 245mm rear) with ABS as standard
  • Huge underseat storage for 2 full-face helmets
  • New Smart Key ignition for easy keyless operation
  • Dual seat with separate rider’s backrest
  • Dual digital instruments with large central LCD display
  • 12V outlet for powering devices
  • Adjustable screen and handlebars

Sumber: Yamaha Motor Europe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *