Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha lancar V-IXION R 2017 serba baharu untuk pasaran Indonesia

 

Pada 23 Ogos 2017 yang lepas, Yamaha Motor Co., Ltd. telah mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan melancarkan “naked sports” V-IXION R 2017 serba baharu untuk pasaran Indonesia, mulai Ogos 2017.

Yamaha V-IXION R 2017 merupakan model “Advanced Edition” kepada siri V-IXION 2017, yang mana V-IXION R memanfaatkan enjin dan kerangka model sport YZF-R15 2017 serba baharu yang dilancarkan pada April tahun ini.

Enjin V-IXION R bersesaran 155.1cc  (Liquid Cooled 4-Stroke, SOHC, 4 Valve, VVA, Fuel Injection), menghasilkan kuasa maksimum 14.2kW @ 10,000rpm dengan tork puncak 14.7Nm @ 8,500rpm.

Bagi model V-IXION, ianya dilengkapi enjin 149.8cc (Liquid Cooled 4-stroke, SOHC,Fuel Injection), dengan kuasa maksimum 12.2kW @ 8,500rpm dan tork puncak 14.5Nm @ 7,500rpm.

Kedua-dua model turut dilengkapi teknologi A&S (Assist & Slipper Clutch), di samping hadir dengan rekaan yang lebih bergaya dengan ciri-ciri sporty dan premium.

Untuk pasaran Indonesia, Yamaha V-IXION R 2017 serba baharu dijual pada harga 28,800,000 rupiah (OTR Jakarta), manakala V-IXION 2017 serba baharu berharga sebanyak 26,000,000 rupiah (OTR Jakarta).

Untuk model V-IXION, turut ditawarkan ialah versi Yamaha Movistar yang hadir dengan warna dan grafik bertemakan jentera MotoGP, dan ianya boleh dimiliki pada harga 26,700,000 (OTR Jakarta).

Galeri: 2017 Yamaha V-IXION & 2017 Yamaha V-XION Movistar Edition

Galeri: 2017 Yamaha V-IXION R

Motosikal © 2018