Motosikal

Informasi Dua Roda

Yamaha MT-25 2017 hadir dengan warna dan grafik baharu untuk pasaran Indonesia

Yamaha Motor Indonesia pada 08 September 2017 telah memperkenalkan MT-25 model 2017 terbaharu yang kini tampil dengan warna dan grafik baharu.

Menurut Yamaha, pengenalan warna dan grafik baharu untuk model tersebut kini selari dengan barisan MT Series yang lain seperti MT-07, MT-09 dan MT-10.

Ianya juga dikatakan bersesuaian dengan tema “Consistency of the MT Series” yang menjadi tema besar perubahan warna dan grafiknya.

Tiga pilihan warna ditawarkan iaitu ‘Matte Grey’, ‘Blue Metalic’ dan ‘Black Metalic’, dengan rekaan grafik terkini yang pastinya akan menarik perhatian lebih ramai peminat motosikal ‘naked sport bike’ di pasaran Indonesia.

Walaupun memiliki penampilan yang lebih segar dan sporty, harga untuk MT-25 2017 terbaharu masih tidak berubah, iaitu sebanyak Rp 47,100,000 (on the road Jakarta).

Motosikal © 2018