Yamaha Exciter 150 GP & RC model tahun 2015 untuk pasaran Vietnam

Model moped terbaharu Yamaha Exciter 150 secara rasminya dilancarkan di pasaran Vietnam pada bulan Disember 2014.

Sewaktu pelancaran, model tersebut didatangkan dalam dua varian iaitu GP dan RC, yang mana Yamaha Exciter 150 GP Edition 2015 hadir dengan warna Biru (Yamaha Race Blu Livery).

Bagi varian Yamaha Exciter 150 RC 2015, ianya didatangkan dengan tiga pilihan warna kombinasi Kuning/Hitam, Merah/Hitam dan Putih/Oren.

Untuk pasaran Malaysia, Yamaha Exciter 150 dikenali dengan nama Yamaha Y15ZR, dan dilancarkan ke pasaran tempatan dalam bulan Ogos tahun 2015.

Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Yamaha Exciter 150 GP dan RC model tahun 2015 untuk pasaran Vietnam, melalui galeri gambar di bawah.

Hanya dua warna yang disiarkan iaitu Biru (GP Edition) dan Kuning/Hitam, memandangkan gambar-gambar model dengan warna Merah/Hitam dan Putih/Oren tiada dalam simpanan admin buat masa ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *