Spyshot: Imej Ducati Panigale V4 2018 terdedah hampir sepenuhnya

Ducati seperti mana diketahui ramai bakal melancarkan model Panigale terbaharu dengan enjin V4. Model tersebut setakat ini telah disahkan akan dikenali dengan nama Ducati Panigale V4.

Menurut sumber, pengenalan rasmi model tersebut akan dilakukan di EICMA Motor Show yang akan berlangsung di Milan, Itali pada bulan November 2017 akan datang.

Namun begitu, kini kita sudah pun dapat melihat gambaran awal reka bentuk Panigale V4 2018, yang dipercayai asli, apabila beberapa keping gambar model tersebut telah dibocorkan di dalam internet.

Berdasarkan maklumbalas daripada para peminat dunia permotoran, ramai yang mengatakan reka bentuk terbaharu Panigale V4 2018 ini kelihatan biasa-biasa sahaja, malah reka bentuk model terdahulu lebih sporty dan menawan.

Apa pun sebelum kita membuat penilaian muktamad, sebaik-baiknya kita tunggu kemunculan rasmi model tersebut di Milan pada bulan November 2017 akan datang.

Sudah tentu gambar-gambar ‘spyshot’ yang terdedah ini masih belum menunjukkan kehebatan sebenar lagi luar biasa untuk Panigale V4 2018. Mungkin akan ada kejutan daripada Ducati nanti, sama-sama kita tunggu.

Sumber: Asphalt & Rubber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *