Honda CBR300R & Honda CB300F model tahun 2018 diperkenalkan untuk pasaran USA

American Honda Motor Co., Inc (AHM) baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran model CBR300R dan CB300F, kedua-duanya merupakan model untuk tahun 2018.

Selain versi dengan sistem brek biasa, Honda CBR300R 2018 dan Honda CB300F 2018 turut didatangkan dengan versi sistem brek ABS.

Bagi model CBR300R 2018, pilihan warna yang tersedia ialah Merah dan Hitam (Red & Matte Black Metallic), manakala model CB300F 2018 didatangkan dalam warna tunggal Merah (Chromosphere Red).

Kedua-dua model dilengkapi enjin bersesaran 286cc (liquid-cooled single-cylinder four-stroke, DOHC; four valves per cyclinder), yang digandingkan dengan sistem transmisi enam kelajuan.

Enjin kedua-dua model CBR300R dan CB300F dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api PGM-FI yang canggih untuk maklumbalas pendikit minyak yang lebih pantas bagi setiap peringkat putaran enjin.

Untuk pasaran Malaysia, Honda CBR300R dan CB300F tidak pernah dibawa masuk secara rasmi untuk jualan oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *