Motosikal

Informasi Dua Roda

Brosur Yamaha XMAX 300 2017 untuk pasaran Thailand

 

Untuk pasaran Thailand, sebuah model skuter bersaiz besar Yamaha XMAX 300 model tahun 2017 dengan enjin berkapasiti 292cc (Single cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, SOHC, 4-valves) telah pun dijual di negara tersebut.

Yamaha XMAX 300 mempunyai kuasa enjin maksimum 20.6 kW @ 7,250 rpm dengan tork puncak 29.0 Nm @ 5,750 rpm, berpunca dari enjin Blue Core yang berprestasi, ekonomi dan mesra alam sekitar.

Sistem transmisinya ialah dari jenis V-Belt Automatic. Ciri-ciri lain yang melengkapinya termasuklah sistem lampu LED penuh, meter dengan pelbagai fungsi, peti simpanan depan dengan soket pengecas, sistem kunci pintar, sistem brek ABS dan Traction Control System (TCS).

Yamaha XMAX 300 2017 untuk pasaran Thailand didatangkan dalam pilihan empat warna menarik, seperti mana anda boleh melihatnya dalam galeri gambar-gambar brosur di bawah. Harga yang disyorkan untuk model berkenaan ialah sekitar 168,000 Baht.

Motosikal © 2018