Motosikal

Informasi Dua Roda

Brosur Yamaha MT-03 2017 untuk pasaran Thailand

Yamaha MT-03 model tahun 2017 untuk pasaran Thailand didatangkan dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Kelabu, Biru dan Hitam.

Dari segi spesifikasi, Yamaha MT-03 2017 dilengkapi enjin bersesaran 321cc (liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves) dengan gandingan transmisi enam kelajuan, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 42PS @ 10,750 rpm dengan tork puncak 29.6Nm @ 9,000 rpm.

Model tersebut turut didatangkan dengan sistem brek ABS untuk ciri keselamatan yang lebih baik. Harga permulaan yang ditawarkan untuk pasaran Thailand bagi MT-03 2017 ialah sebanyak 177,000 Baht.

Untuk pasaran Malaysia, Yamaha MT-03 dijangka tidak akan dibawa masuk oleh Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) Sdn. Bhd., namun apa yang menghairankan ialah model Yamaha MT-25 juga sehingga kini masih belum ada khabar berita mengenai pelancarannya.

Untuk makluman, Yamaha MT-25 model tahun 2017 dengan warna dan grafik baharu baru saja diperkenalkan di pasaran Indonesia pada 08 September 2017 yang lepas.

Motosikal © 2018